Tuesday, 26 October 2010 11:59

Pemasangan Web Server untuk Joomla! (Localhost)

Ditulis Oleh 

wampWAMP adalah aplikasi pelayan web (Web Server) yang mengabungkan beberapa aplikasi yang diperlukan untuk menjalankan skrip seperti PHP. Joomla! menggunakan platform PHP dan memerlukan pelayan web untuk beroperasi dan digunapakai. Anda memerlukan perisian yang sesuai untuk memasang Joomla! 1.5.x ke dalam komputer anda. Tutorial ini menggunakan Microsoft Windows Vista dan ia mungkin mempunyai beberapa perbezaan daripada sistem operasi anda. Perisian utama yang anda perlukan adalah aplikasi WAMP. Berikut adalah senarai aplikasi pelayan web yang anda boleh memuat turun dan gunakan secara percuma:


AppServ
WAMP Server (Digunakan dalam tutorial ini)
XAMPP (Terdapat dalam versi MAC)
Server2Go
The Uniform Server

What is Web Server?

A computer that delivers Web pages to browsers and other files to applications via the HTTP protocol. It includes the hardware, operating system, Web server software, TCP/IP protocols and site content (Web pages and other files). If the Web server is used internally and not by the public, it may be called an "intranet server."

- PCMAG.com Encyclopedia


Muat Turun & Instalasi
Untuk tujuan tutorial ini, saya menggunakan aplikasi WAMP. Semasa artikel ini ditulis, aplikasi WAMP hanya sesuai digunakan di platform Windows sahaja. Jadi, sekiranya anda menggunakan sistem operasi Linux, anda boleh menggunakan XAMPP atau LAMP. Bagi pengguna MAC, anda boleh menggunakan XAMPP untuk versi MAC.

Klik sini untuk muat turun aplikasi WAMP.

Wamp


Setelah selesai muat turun aplikasi WAMP, buka folder yang menyimpan aplikasi yang telah siap di muat turun tadi.

Wamp


Klik berganda pada aplikasi yang dimuat turun tadi (WampServer2.0f.exe) dan mulakan proses instalasi dengan mengikut arahan di skrin.

Wamp


Semasa proses instalasi, anda akan diminta untuk menetapkan lokasi folder "wamp". Biasanya ialah C:\wamp (lokasi default). Ianya terpulang kepada anda untuk mengubah atau tidak. Jika anda adalah pengguna novice, saya cadangkan kepada anda untuk mengekalkan tetapan tersebut seperti asal.

Wamp


Selepas itu, anda akan ditanya mengenai pelayar web default. Jadi anda boleh memilih pelayar web default anda seperti Internet Explorer, Mozilla Firefox, Google Chrome atau lain-lain pelayar web. Saya cadangkan menggunakan Mozilla Firefox / Google Chrome. Seterusnya anda akan diminta untuk konfigurasi emel PHP.

Wamp


Terdapat konfigurasi default untuk email. Tetapannya adalah seperti berikut SMTP: localhost dan e-mel: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. . Setelah selesai, klik dan tandakan kotak untuk aktifkan aplikasi WAMP sekarang dan klik finish.

Selepas klik Finish, anda akan diminta untuk mencipta jalan pintas untuk Pelayan WAMP dalam desktop anda dan bar quick launch. Hanya tandakan jika anda mahu membuat pintasan. Selepas mengaktifkan aplikasi WAMP, periksa di task bar, ikon aplikasi WAMP akan dipaparkan dan berwarna putih seperti yang ditunjukkan dibawah:

Wamp


Anda harus memastikan bahawa ikon WAMP server adalah dalam warna putih kerana ia menunjukkan bahawa semua perkhidmatan dijalankan dengan betul termasuk MySQL, PHP dan Apache. Jika anda mengenal pasti bahawa pelayan WAMP anda berada dalam warna kuning atau merah, ini bermakna bahawa terdapat beberapa perkhidmatan tidak berjalan. Cuba klik ikon dan klik "Restart all services". Pelayan WAMP akan memulakan semula semua perkhidmatan.

**PERINGATAN! Kadang-kadang apabila anda menggunakan Skype, ia juga akan menyebabkan WAMP tidak boleh beroperasi dengan betul kerana port yang mereka gunakan adalah port yang sama. Jadi, sila matikan aplikasi Skype apabila menggunakan WAMP atau anda masih boleh menggunakan WAMP dan Skype pada satu-satu masa dengan melaksanakan pelayan WAMP terlebih dahulu dan kemudian Skype atau anda boleh menukar penggunaan port oleh WAMP. (Anda boleh Google)

Ok, Selesai sudah tutorial instalasi WAMP!

Cara Menggunakan WAMP
Anda boleh mengakses localhost dengan menaip alamat URL di pelayar web anda:
http://localhost atau http://127.0.0.1
Anda boleh menggunakan salah satu alamat ini untuk mengakses melalui pelayan web anda seperti dibawah:

Wamp Wamp


Anda juga boleh mengakses localhost dan pangkalan data anda dengan cara lain. Hanya klik kiri ikoon WAMP dan klik "localhost". Rujuk gambarajah dibawah:

Wamp


Selain daripada itu, anda juga boleh mewujudkan dan menguruskan pangkalan data anda sendiri dalam aplikasi WAMP kerana WAMP juga didatangkan dengan pakej MySQL. Bagaimana untuk mengakses kepadanya? Ianya mudah, hanya masukkan  URL ini dalam pelayar anda: http://localhost/phpmyadmin/ maka anda akan diarahkan ke laman pengurusan pangkalan data yang dipanggil sebagai MyAdmin PHP.

Wamp


Anda juga boleh mengakses PHP MYADMIN dengan klik kiri pada ikon Server WAMP dan klik "phpMyAdmin" dan ia akan membuka halaman yang sama yang dipaparkan seperti berikut:

Wamp


Kesimpulan
Sekarang anda telah berjaya memasang aplikasi pelayan web yang mana ianya adalah seperti sebuah rumah untuk Joomla! 1.5.x. Aplikasi ini boleh digunakan untuk tujuan instlasi dan membina laan web menggunakan platform CMS yang sedia ada seperti Joomla!, Drupal, Wordpress dan sebagainya.

Dibaca 211 kali Kali terakhir diubahsuai pada Sunday, 19 February 2012 13:45
Muhammad Asyraf

Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar, pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Berminat dengan pembangunan laman web, sistem, pengurusan & pencarian maklumat, serta perkongsian ilmu pengetahuan.

Website: www.asyraf.org
Lagi dalam kategori ini: Langkah untuk Memasang Windows 7 »

14 comments

Tinggalkan komen

Pastikan anda mengisi maklumat yang ditanda(*). Kod HTML tidak dibenarkan.