Tuesday, 26 October 2010 08:25

Banner Flash: FlipPhoto Pro

Ditulis Oleh 

flipFlipPhoto Pro merupakan komponen Joomla! 1.5 yang membolehkan pembina laman web untuk mengurus dan menetapkan beberapa imej tertentu untuk dijadikan sebagai “flash image rotator” pada laman web. Komponen ini selalunya digunakan di anjung laman web dimana pelawat akan dapat melihat beberapa gambar yang telah ditetapkan oleh pengurus web. Sedikit paparan untuk komponen ini adalah seperti yang tertera pada gambarajah dibawah:

Flip-1.jpg

FlipPhoto Pro adalah percuma untuk dimuat turun dan bebas digunakan pada mana-mana laman web. Anda boleh muat turun komponen FlipPhoto Pro pada laman JED Joomla! atau laman ini dengan hanya klik disini!

Cara instalasi atau  pemasangan FlipPhoto Pro pada laman anda
Apabila anda selesai memuat turun komponen FlipPhoto Pro, anda perlu log masuk sebagai “admin” laman web Joomla! anda. Selesai log masuk, anda akan lihat paparan panel pengawal Joomla! laman web anda. Anda perlu klik pada bahagian “Extension” dan seterusnya klik pada “Install/Uninstall” seperti dalam gambarajah dibawah:

Flip-2.jpgSemasa proses instalasi berjalan, anda akan lihat skrin memaparkan maklumat berkenaan proses installasi yang sedang dilakukan seperti dalam gambarajah dibawah:

Flip-3.jpg

Selesai proses instalasi, anda cuma perlu klik pada bahagian “Components” yang terletak bersebelahan pada “Extensions” dan klik pada komponen FlipPhoto Pro dan anda akan lihat skrin yang memaparkan panel kawalan untuk FlipPhoto Pro sepeti dalam gambarajah dibawah:

Flip-4.jpg

Pada laman panel kawalan ini, anda hanya perlu klik “New” untuk membuat “slideshow” anda sendiri. Apabila anda klik New, anda akan lihat paparan konfigurasi seperti yang tertera pada gambarajah dibawah:

Flip-5.jpg

Anda boleh mengubah konfigurasi mengikut pada keperluan anda contohnya seperti tinggi dan lebar untuk gambar “slidshow”, durasi pertukaran antara imej, kesan pertukaran imej, deskripsi ntuk setiap gambar, warna deskripsi, butang seterusnya atau sebelum juga boleh dikawal. (sila masukkan nilai yang berkenan mengikut keperluan anda dan muat naik gambar yang anda perlukan). Sebagai contoh, untuk website asyraf.org ini, saya gunakan setting seperti berikut:

Flip-6.jpg

Apabila selesai proses konfigurasi mengikut keperluan anda, anda boleh tekan tab “Upload Images” untuk proses memuat naik gambar-gambar untuk dijadikan sebagai banner. Pada laman web saya ini, saya gunakan imej bersaiz 980x260px bermaksud, lebar banner saya adalah 980px dan tingginya ialah 260px. Bagi memastikan imej tersebut akan mendapat paparan yang sempurna, sila pastikan anda telah “resize” gambar untuk dijadikan banner tersebut kepada saiz yang sama seperti mana yang anda set pada konfigurasi diatas. Untuk bahagian “Upload Images” sila rujuk gambarajah dibawah:

Flip-7.jpg

Bahagian 1: Add Image: Sila muat naik gambar yang anda mahu jadikan sebagai banner.

Bahagian 2: Description: Sila masukkan sedikit diskripsi tentang gambar yang anda muat naik. Sebagai contoh pada laman asyraf.org, apabila keluar gambar banner, dibahagian bwh banner, akan terpapar sedikit maklumat tentang gambar banner tersebut.

Bahagian 3: Transition: Sila pilih kesan penukaran antara imej. Terdapat ebebrapa pilihan seperti circleMask, Curtain, Dissolve & Fadein. *Link: Anda boleh masukkan link URL web untuk gambar banner anda sekiranya perlu.

Bahagian 4: Published: Sila pilih “Yes” untuk menerbitkan imej tersebut untuk digunakan sebagai banner web anda.

Apabila selesai, klik butang “Upload” untuk proses memuat naik gambar banner kelaman web anda. Seterusnya sila klik pada tab “Manage Images”. Rujuk gambarajah dibawah:

Flip-8.jpg

Bahagian 1: Memaparkan maklumat tentang kesan penukaran imej banner anda.

Bahagian 2: Disini anda boleh susun semula imej yang berkenaan. anda boleh letakkan imej yang anda mahukan untuk dipapar dahulu, kedua, ketiga dan seterusnya.

Bahagian 3: Pastikan semuanya bertanda hijau seperti diatas.

Setelah selesai, klik pada Extensions – Module Manager. Sila lihat gambarajah dibawah:

Flip-9.jpg

Cari modul FlipPhoto Pro (mod_flipphoto_pro) seperti dalam gambarajah dibawah:

Flip-10.jpg

Klik pada modul tersebut untuk buka panel konfigurasi. Anda akan lihat seperti gambarajah dibawah:

Flip-11.jpg

Bahagian 1: Details: Biarkan sahaja Title untuk modul ini,dan sekiranya perlu, anda boleh tukat mengikut kehendak anda. set “show title” =NO dan “enable”= YES. Pada bahagian “position, ini penting kerana ianya merupakan merujuk kepada posisi tempat dimana anda mahukan banner anda muncul. Sebagai contoh, saya gunakan posisi “Showcase” untuk laman asyraf.org ini. Sekiranya anda tidak tahu posisi yang terdapat pada templat web anda, sila rujuk tutorial ini: KLIK SINI

Bahagian 2: Menu Assignment: Pilih pada bagaian menu mana yang anda mahu modulini dipaparkan. Sebagai contoh, di laman ini, saya hanya mahu memaparkan modul banner ini pada muka utama sahaja, jadi saya set pada Utama sahaja. Sekiranya anda mahu semua muka dalam web anda memaparkan modul ini, anda Cuma klik “All”.

Bahagian 3: Parameters: Anda perlu pilih galeri FlipPhoto Pro yang anda telah cipta tadi. Sebagai contoh untuk web saya, saya gunakan “asyrafV2”. Selesai menetapkan konfigurasi modul ini, klik butang “Save” dan cuba refresh laman web anda. 

Selesai…Sekarang anda akan dapat lihat banner anda pada laman web anda sepeti mana yang terdapat pada laman muka utama web saya. Semoga Berjaya! Laughing

Dibaca 140 kali Kali terakhir diubahsuai pada Sunday, 19 February 2012 13:46
Muhammad Asyraf

Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar, pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Berminat dengan pembangunan laman web, sistem, pengurusan & pencarian maklumat, serta perkongsian ilmu pengetahuan.

Website: www.asyraf.org

12 comments

Tinggalkan komen

Pastikan anda mengisi maklumat yang ditanda(*). Kod HTML tidak dibenarkan.