Tuesday, 26 October 2010 07:44

Memasang Joomla! 1.5.X Di Localhost

Ditulis Oleh 

joomlaSebahagian besar pereka laman web tahu apa itu Joomla!. Sebelum ini, Joomla! versi 1.0.x merupakan versi pertama Joomla! yang telah dikeluarkan dan mendapat sambutan dari banyak pihak. Setelah 1.0, sekarang Joomla! keluar dengan versi terbaru iaitu Joomla! 1.5.x yang membawa banyak perubahan dan pelbagai jenis komponen dan modul baru lain. Tutorial ini mengajarkan anda secara terperinci tentang cara memasang Joomla 1.5.x ke web server localhost anda. proses tutorial ini amat mudah kerana proses memasang Joomla sangat mesra pengguna dan mudah untuk difahami oleh semua.

Definisi Joomla! oleh Joomla.org
Joomla is an award-winning content management system (CMS), which enables you to build Web sites and powerful online applications. Many aspects, including its ease-of-use and extensibility, have made Joomla the most popular Web site software available. Best of all, Joomla is an open source solution that is freely available to everyone.

-Joomla.org

Muat Turun Joomla!
Langkah pertama, anda hendaklah memuat turun fail Joomla! daripada laman web Joomla! di www.joomla.org. Sila klik pada link ini: www.joomla.org atau anda boleh pergi terus kepada halaman muat turun Joomla! dengan klik pada link ini: www.joomla.org/download.html Setelah selesai pelayar web anda membuka laman Joomla! tersebut, anda klik pada Joomla! 1.5 yang terkini. Muat turun fail penh (full package file) kerana ini merupakan pertama kali anda ingin memasang Joomla! pada web server anda.

Joomla
Gambarajah 1.0


Fail pakej lengkap biasanya sekitar 5-6MB saja. Contohnya, Joomla! 1.5.9 saiz 5.78MB. Anda perlu menunggu untuk memberikan masa untuk menyelesaikan proses muat turun dan mungkin mengambil masa beberapa minit bergantung pada kelajuan sambungan internet anda.

Joomla
Gambarajah 2.0


Setelah selesai memuat turun fail pakej Joomla, masuk folder yang anda simpan fail zip Joomla! tersebut. Contohnya, jika anda memuat turun dan menyimpan pakej Joomla! tersebut ke Desktop, fail tersebut akan berada di desktop anda. Sebagai contoh, fail Joomla! yang saya download diberi nama sebagai "Joomla_1.5.9-Stabil-Full_Package.zip" Nama ini adalah nama asal yang diberikan server Joomla!. Anda bebas untuk menukar nama fail jika anda ingin melakukannya. Untuk pengetahuan anda, fail pakej Joomla! adalah dalam format fail ".Zip", dan anda memerlukan aplikasi seperti Winzip untuk mengekstrak fail didalamnya. Biasanya sistem operasi Windows mempunyai aplikasi sendiri untuk mengekstrak fail dalam bentuk ".zip".

Permulaan...
Sekarang anda mempunyai fail pakej Joomla! penuh. Sekarang anda perlu menyalin fail pakej tersebut ke dalam folder localhost. Apa itu localhost dan bagaimana cara memasangnya? sila rujuk sini: Klik sini! Sekarang, anda perlu menyalin (copy) fail pakej tersebut kedalam folder di C:\wamp\www dan "paste" fail ".zip" tadi kedalam folder "www”.

Joomla
Gambarajah 3.0


Masih tak faham untuk mencari folder www? Jangan bimbang, mari kita lihat lebih terperinci supaya lebih mudah bagi anda untuk memahami. Sekarang lancarkan aplikasi WAMP Server yang telah anda pasang di komputer anda. Lihat taskbar, dan dan cari ikon WAMP Server. Sekarang klik pada ikon tersebut dan anda perlu klik pada direktori "www". Sekarang, folder www akan terbuka untuk anda dan apa yang anda tunggu? Cukup copy dan paste file pakej lengkap seperti yang disebutkan di atas.

Mengapa kita perlu meletakkan file pakej penuh Joomla! ke dalam folder www? Ok, di sini ada beberapa penjelasan tentangnya, WAMP Server mengandungi pakej MySQL, PHP dan Apache. Kombinasi dari komponen-komponen ini akan membantu komputer untuk menjalankan atau melancarkan "server side scrip" kerana Joomla menggunakan script PHP dan juga merupakan server side scripting. "Www" adalah folder yang ditetapkan oleh WAMP Server sebagai folder sasaran untuk bertindak sebagai indeks dan menjalankan script PHP dari folder tersebut atau bertindak sebagai "root directory". Jadi, setiap script PHP yang ingin digunakan atau dilancarkan perlu ditempatkan di dalam folder www. Saya rasa cukup untuk menjelaskan tentang folder www. Anda boleh Google jika anda ingin mengetahui lebih terperinci.

Selesai proses copy dan paste, sekarang anda perlu ekstrak fail ".zip" tadi dengan menggunkan software seperti Winzip atau 7-Zip (sila Google). Untuk memudahkan anda, anda disarankan supaya mengekstrak fail tersebut dalam satu folder dan namakan fail tersebut sebagai "Joomla". Rujuk gambarajah dibawah untuk memahami dengan lebih jelas.

Joomla
Gambarajah 4.0


Sekarang anda mempunya folder baru yang dinamakan sebagai "Joomla" selepas proses ekstrak selesai. Anda akan lihat folder tersebut seperti yang dipaparkan dalam gambarajah dibawah.

Joomla
Gambarajah 5.0


Ok, sekiranya anda berjaya mendapat folder sama seperti diatas, anda berada pada jalan yang benar. Yang tak dapat tu, sila semak semula :)

Memasang Joomla! 1.5
Seterusnya adalah langkah untuk memasang Joomla! 1.5. Ok, anda perlu membuka pelayar web anda dan pergi ke URL: http://localhost atau http://127.0.0.1 yang akn membuka laman index folder "www". Dalam laman index ini, anda boleh lihat dibawah "Your Projects", ada folder bernama "Joomla" yang anda ekstrak tadi. Lihat gambrajah dibawah sebagai rujukkan:

Joomla
Gambarajah 6.0


Sekarang, klik pada folder nama "Joomla" tersebut dan laman konfigurasi pemasangan web Joomla! 1.5 akan terpapar seperti berikut:

Joomla
Gambarajah 7.0

Sekarang anda boleh memilih bahasa yang anda inginkan. Dalam tutorial ini, saya menggunakan en-US - Bahasa Inggeris (US) sebagai bahasa untuk pemasangan Joomla saya. Setelah memilih bahasa yang diinginkan, klik butang "Next" yang boleh ditemui di atas paparan laman konfigurasi.

Seterusnya laman "pre-installation check" akan dipaparkan. Laman ini memaparkan hasil pemeriksaan keperluan pemasangan Joomla dan konfigurasi web server memenuhi keperluan minimum atau tidak. Sila rujuk gambarajah bawah untuk lebih faham.

Joomla
Gambarajah 8.0


Sebahagian besar aplikasi web server akan memenuhi keperluan pemasangan Joomla tetapi beberapa web server punya masalah dengan keperluan tersebut tetapi biasanya itu bukan masalah besar. Saya sudah melakukan ujian tentang pemasangan Joomla dengan web server yang berbeza, biasanya kesalahan hanya terjadi di bawah Tetapan Ciri-ciri, seperti "the Display Errors" yang sepatutnya disyorkan sebagai Off tetapi web server akan On fungsi tersebut. Jika anda menghadapi masalah ini, jangan bimbang, anda boleh memperbaikinya dengan klik kiri pada ikon WAMP Server, pergi ke PHP - PHP Settings, dan kemudian anda mencari display errors dan tandakannya dengan cara klik di atasnya. Rujuk gambarajah ini:

Joomla
Gambarajah 9.0


Setelah selesai, kembali ke web browser dan tekan butang "Check Again" untuk menyemak semula konfigurasi PHP mempunyai perubahan atau tidak. Jadi, anda akan dapat hasil seperti yang disarankan seperti pada gambar 8.0. (Semua hijau). Butang "Check Again" berada di sebelah kanan atas laman konfigurasi seperti yang ditunjukkan di bawah ini:

Joomla
Gambarajah 10.0


Ok, sekarang tatarajah pemasangan harus memenuhi keperluan minimum pemasangan Joomla. Jadi, kita boleh meneruskan proses seterusnya iaitu langkah ketiga dalam pemasangan Joomla. Pada langkah ini, anda perlu menerima GNU General Public License. Joomla berada di bawah perlindungan GNU GPL. Jadi, anda boleh membaca lesen yang juga merangkumi istilah dan keadaan, pengedaran dan pengubahsuaian Joomla.

Joomla
Gambarajah 11.0


Setelah selesai membaca lesen, anda perlu untuk menekan butang "Next" untuk pergi ke skrin pemasangan seterusnya. Sekarang anda akan mendapatkan paparan "database configuration setup" untuk Joomla. Ini adalah bahagian penting dalam proses pemasangan Joomla. Bahagian ini akan menyediakan nama host, nama pengkalan data, nama pengguna untuk pengkalan data dan katalaluan untuk database. ISila rujuk gambarajah ini untuk konfigurasi:

Basic Setting
Database Type: MySQL
Host Name: localhost
Username: root
Password: (Tinggalkan kosong)
Database Name: myjoomla

Advance Setting
Backup-up Old Table (Biarkan sahaja seperti yang asal)
Table Prefix: jos_ (Biarkan sahaja seperti yang asal)

Joomla
Gambarajah 12.0


Mungkin anda masih bertanya-tanya mengapa konfigurasi sebegitu yang digunakan. Ok, pertama adalah tentang database, saya menggunakan WAMP web server, dan ianya menyokong penggunaan "mysql" database. Kedua adalah tentang nama host dimana saya namakan sebagai "localhost" kerana pelayan web yang kita install di PC  disebut sebagai localhost dan itu adalah istilah yang kita gunakan. Tentang username saya masukkan sebagai "root" kerana username default di phpmyadmin adalah root dan password, saya biarkan kosong kerana kita tidak ada setup hak akses pengguna dengan password dalam konfigurasi phpmyadmin dan tatacara standard dalam phpmyadmin adalah tanpa password. Nama database diberikan sebagai "myjoomla". Nama ini anda dapat mengubah sesuai dengan apa yang anda inginkan. Database akan dibina secara automatik di phpmyadmin berdasarkan nama database yang diberikan oleh anda. Pada tab Advance Settings, saya cadangkan anda biarkan sebagai asal (default) yang diberikan oleh laman konfigurasi Joomla. Setelah selesai melakukan konfigurasi, klik butang "Next" di bahagian atas paparan pemasangan.

Setelah anda klik butang "Next", skrin konfigurasi selanjutnya akan dibuka iaitu konfigurasi FTP. FTP adalah singkatan dari "File Transfer Protocol" yang digunakan untuk melakukan pemindahan fail-fail atau data antara PC ke web server. Ok, dalam kes ini, saya memasang Joomla di web server localhost. Jadi, saya hanya set kan ke "No" untuk petak Aktifkan file system FTP. Jika anda memasang Joomla di server berbayar (live server), adalah penting bagi anda untuk set sistem FTP. (Sila lihat FTP tutorial untuk webserver) Dalam "Advance Setting", nilai yang anda harus miliki adalah:

FTP Host: 127.0.0.1
FTP Port: 21
Save FTP Password: No

Joomla
Gambarajah 13.0


Setelah lengkap seperti dalam gambarajah 13.0 Sekarang anda boleh klik butang "Next" dan skrin setup selanjutnya akan dibuka. Di sini anda akan menyediakan setup atau maklumat umum tentang laman web anda. Proses ini amat mudah kerana ianya bergantung pada anda untuk mengisikan mklumat tentang web anda. Berikut panduan bergambar untuk proses tersebut:

Site Name: My Joomla! (Boleh tukar ikut suka)
Your Email: This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. (Boleh guna email peribadi anda)
Admin Password: ****** (masukkan katalaluan) (Minimum 6 huruf atau nombor)
Confirm Admin Password: ****** (ulang katalaluan sama seperti diatas)

Joomla
Gambarajah 14.0


Anda perlu boleh mengikut konfigurasi seperti dalam gambarajah 14.0 Sekarang jika anda "scroll" ke bawah paparan konfigurasi, anda akan melihat konfigurasi lain yang meminta anda untuk memasang data sampel kedalam laman web anda. Jadi, anda klik butang "Install Sample Data". Sila lihat gambarajah 15.0:

Joomla
Gambarajah 15.0


Ok, saya rasa langkah atau proses untuk pemasngan sangat mudah dan mesra pengguna. Saya yakin bahawa anda dapat mengikutinya. Sekarang klik pada butang Next, dan anda akan diarahkan ke skrin setup selesai yang akan menunjukkan maklumat dari username yang boleh anda gunakan sebagai login administrator. Username default: admin dan password adalah password yang sama anda tetapkan dalam gambarajah 14.0

Joomla
Gambarajah 16.0


Menarik bukan? Tetapi masih belum selesai. Sekarang anda perlu memadam folder "installation" yang terdapat dalam folder joomla anda yang akan biasanya bertempat di "C:\wamp\www\joomla"

Joomla
Gambarajah 17.0


Padam folder tersebut kerana faktor keselamatan pada web anda. Selepas anda telah memadam folder "installation", anda hanya perlu memutuskan samaada untuk pergi ke website atau pergi ke laman pentadbir untuk web anda. Ok, saya cadangkan anda untuk mengklik pergi ke "Site" dan anda akan diarahkan ke laman home dari Joomla anda dengan data sampel seperti dalam gambarajah 18.0:

Joomla
Gambarajah 18.0


Menarik kan? Ok, ini adalah laman sampel untuk Joomla! anda. Anda boleh akses ke laman pengurusan "administrator" melalui URL http://localhost/joomla/administrator dan ianya akan membuka laman untuk log masuk pengurus web sepertimana yang dipaparkan dalam gambarajah 19.0:

Joomla
Gambarajah 19.0


Tahniah! Sekarang anda telah berjaya memasang Joomla! 1.5.x ke web server anda dan anda boleh mula membina website anda sendiri menggunakan Joomla CMS. Tentang cara penggunaan fungsi-fungsi dalam Joomla!, saya rasa anda boleh rujuk pada website Joomla.org kerana pelbagai fungsi Joomla! telah diterangkan di halaman rasmi Joomla!.

Sekian, Terima Kasih.

Dibaca 95 kali Kali terakhir diubahsuai pada Sunday, 19 February 2012 13:45
Muhammad Asyraf

Muhammad Asyraf bin Wahi Anuar, pensyarah Fakulti Pengurusan Maklumat, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Johor. Berminat dengan pembangunan laman web, sistem, pengurusan & pencarian maklumat, serta perkongsian ilmu pengetahuan.

Website: www.asyraf.org
Lagi dalam kategori ini: Konfigurasi FTP Joomla! 1.5 »

9 comments

Tinggalkan komen

Pastikan anda mengisi maklumat yang ditanda(*). Kod HTML tidak dibenarkan.