Cascading Style Sheets (CSS) merupakan satu struktur yang digunakan untuk persembahan (rupa dan format) dokumen yang ditulis dalam bahasa markup (HTML). Tutorial kali ini melibatkan tag CSS3 yang mampu memberi kawalan sepenuhnya terhadap latar belakang (background) laman web. Kod CSS3 untuk kawalan background ini sangat berguna untuk mengawal paparan laman web yang sama walaupun dibuka dalam resolusi yang berbeza.
Android merupakan sistem operasi telefon pintar yang telah byk digunapakai oleh syarikat-syarikat pengeluar telefon pintar seperti HTC, Samsung, Sony, dsb. Tutorial ini akan fokus kepada telefon jenama Dell model Dell Streak 5. Tutorial ini berdasarkan kepada proses yg saya lakukan untuk root smart phone Dell Streak 5 saya sendiri. Root akan beri akses kepada user untuk mengubah dan edit konfigurasi sistem dsb. Bagaimana untuk root dan mendapat akses sepenuhnya kepada sistem android 2.3.3? Sila baca artikel ini seterusnya.
Pernah menghadapi masalah "Register_Globals : On" semasa proses pemasangan (install) Joomla! pada web server? Disini saya share cara atau langkah untuk menukarkan status "Register_Globals : On" kepada "Register_Globals : Off". Buka fail .httaccess yang terdapat dalam direktori Joomla! anda. Masukkan kod seperti yang tertera dibawah kedalam fail .httaccess anda dan simpan (save).
Apa yang boleh dilakukan sebagai langkah asas untuk memastikan laman web anda selamat? Terdapat pelbagai cara atau langkah-langkah keselamatan yang boleh diamalkan untuk memastikan laman web anda selamat, walaupun tidak secara keseluruhan kerana ianya bergantung kepada pelbagai faktor contohnya seperti komponen atau modul pihak ketiga (3rd party) yang anda pasang pada laman web anda. Berikut merupakan beberapa langkah yang boleh diamalkan.
WAMP adalah aplikasi pelayan web (Web Server) yang mengabungkan beberapa aplikasi yang diperlukan untuk menjalankan skrip seperti PHP. Joomla! menggunakan platform PHP dan memerlukan pelayan web untuk beroperasi dan digunapakai. Anda memerlukan perisian yang sesuai untuk memasang Joomla! 1.5.x ke dalam komputer anda. Tutorial ini menggunakan Microsoft Windows Vista dan ia mungkin mempunyai beberapa perbezaan daripada sistem operasi anda. Perisian utama yang anda perlukan adalah aplikasi WAMP. Berikut adalah senarai aplikasi pelayan web yang anda boleh memuat turun dan gunakan secara percuma:




